Nak Jadikan Kulit Halus,Lembut Dan Licin Serta Tanggalkan Sel-Sel Kulit Mati? Anda Sendiri Boleh Buat Scrub Semudah 1,23 ,Paling Penting Cuma Menggunakan 3 Barang Yang Memang Sudah Sedia Ada Didapur,Begini Caranya!!

Petua dan tips kali ini telah dikongsikan oleh sis Syeera Muiss melalui perkongsian ke group Masak Apa hari Ni (MAHN) .Jangan tidak percaya cuma dengan menggunakan 3 bahan mudah ini,anda sudah boleh sediakan scrub anda sendiri.Jom kita lihat cara-caranya :-

‎Oklah2..cian yang nak tahu kan scrub semudah 1,2,3

Bahan-bahannya:
1) Beras
2) Kunyit (serbuk/kunyit hidup)
3) Asam Jawa

Cara buat:
Amik secawan beras masukkan sesudu serbuk kunyit atau kalau guna kunyit hidup hiris nipis² dan pandai²la nak agak lebih kurang. Kemudian blend beras dgn kunyit dgn blender kering. Jgn kasar sangat nnti luka plak kulit n jgn halus sgt nanti xrasa masa scrub tu sedang2 jer. Pastu simpan dalam bekas kering buat byk2 pun xpe boleh jer simpan lama. Masa nak guna amik 2 sudu jer boleh guna seluruh badan termasuk muka dah tu n bancuh dengan air asam jawa. Siap utk diguna. Kan simple jer tu semudah 1,2,3

Masa nak mandi tu scrubkan dulu badan dengan scrub yg kita buat ni. Gosok2 seluruh badan. Kat muka gosok secara lembut jer tau jgn kuat sangat luka kang. Gosok dan gosok pastu Biar seketika n mandilah seperti biasa sabun2 semua. Kesan serta merta kulit rasa lembut n halussss jer.. best2

P/s : Boleh juga tambah sesudu madu, garam dan gula utk khasiat yg lebih bagus

Khasiat:

Menjadikan kulit halus, lembut dan licin
Mampu menanggalkan sel2 kulit mati
Tu utk penjagaan luaran utk buang sel2 kulit mati..

Jamu Aura Queen
#ShareJikaBermanfaat

Sumber –kualipanas.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *