‘Saya Tak Boleh Bersama Dengan Penipu’ – Emma Maembong Akui Hubungan Sudah BerakhiR

Sebelum ini ada desas desus mengatakan hubungan percintaan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong sedang retak disebabkan kehadiran orang ketiga. Kamal Adli ada mengeluarkan kenyataan meminta rakan rapat Emma supaya tidak menjadi batu api dalam hubungan mereka.

Artikel berkaitan : ‘Janganlah Jadi Batu Api’ – Kamal Adli Tegur Kawan Rapat Emma Maembong

Terbaru, Emma Maeombong pula buka mulut dan memberitahu hubungan mereka sudah berakhir.

‘Saya tidak boleh bersama dengan penipu’

Menerusi Berita Harian Online, Emma Maeombong mengesahkan hubungan cinta dengan Kamal Adli sudah berakhir. Tidak menolak dakwaan Zahirah Macwilson menjadi orang ketiga dalam hubungan ini, Emma berkata dia tidak mahu bersama dengan penipu.

Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami putus.

Rasanya cukuplah sampai di sini. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini kerana tidak mahu disalah erti oleh mana-mana pihak. Malah, ada yang menganggap saya cemburu buta.

Sebagai pelakon, semestinya saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya, ‘chemistry’ (keserasian) yang tercipta antara pelakon, habis sebaik saja kamera dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi.

Kenapa perlu sorok?

Emma juga mengakui sangat kecewa kerana hubungan cintanya yang dibina sejak 3 tahun lalu musnah apabila kepercayaan dikhianati.

Kalau betul kemesraan di tunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti menyembunyikan sesuatu? Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain.

Tambah Emma lagi, dia tidak menuduh tanpa bukti, sebaliknya Kamal dan Zahirah membuatkan masalah menjadi lebih rumit apabila mereka menuding jari kepada pihak lain.

Tiada sesiapa yang menjadi batu api dalam perkara ini. Semestinya teman rapat mahukan yang terbaik untuk saya dan tidak mahu melihat saya sering dikecewakan.

Kami berempat (Emma, Kamal, Zahirah dan Zul Ariffin) duduk berbincang mengenai isu ini. Rasanya tidak perlu merumitkan keadaan dan lebih matang jika Kamal dan Zahirah mengakui kesilapan mereka.

Hmm sabarlah Emma. Mungkin ada lagi jodoh yang lebih baik buat Emma.

sumber : Berita Harian Online

IKLAN PENAJA 

NAK CERAH SEAWAL 7 HARI ? LELAKI PEREMPUAN BOLEH CONSUME .SILA KLIK DISINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *