Watie diarah bayar RM99,500 kepada Jabatan Insolvensi bersihkan status muflis Hana


Hana (kiri) dan Watie ketika hadir di mahkamah.

 

SELAYANG – Bekas ahli kumpulan Elite, Watie diarahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini membayar RM99,500 kepada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi membersihkan status muflis rakannya, Hana empat tahun lalu.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Rasyihah Ghazali terhadap Watie, 41, ketika prosiding di dalam kamarnya.

Turut hadir dalam prosiding itu peguam bela Samir Zainal yang mewakili Hana manakala Watie tidak diwakili peguam.

Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali turut diperintahkan membayar RM2,500 sebulan bermula Januari 2018 kepada Hana atau nama sebenar­nya Norhanasafiza Mat Adnan, 39.

Kosmo! 9 September lalu melaporkan Hana menyaman lagi rakan kumpulannya, Watie atas kegagalan membayar ganti rugi RM707,351 yang diperintahkan oleh mahkamah.

Hana yang menang kes samannya terhadap Watie pada 10 Mac 2015, memfailkan saman penghutang penghakiman itu pada 18 Mei lalu selepas Watie masih gagal membayar jumlah tuntutan tersebut sehingga kini.

Hana sebelum ini memfailkan saman terhadap Watie ekoran kegagalan rakan artisnya itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya (Hana) untuk membeli sebuah kenderaan jenis Toyota Wish.

Pada 1 April 2013, Hana diisytiharkan muflis sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan sekali gus memberi impak negatif kepada kariernya.

Dalam pada itu, Hana ketika ditemui berkata, dia berasa lega selepas selesai kes ini.

“Alhamdulillah syukur pada Tuhan, saya boleh dapat kehidupan seperti biasa. Kini saya bebas, impian saya untuk berjumpa dengan dua anak saya akhirnya tercapai.

“Sejak saya diiytiharkan muflis, saya tidak dapat ke luar negara untuk berjumpa kedua-dua anak saya, Aaron Danial Mann, 16 dan Alayna Daniella Mann, 15, yang kini berada di bawah jagaan bekas suami saya di London,” katanya. – K! ONLINE

IKLAN PENAJA

SILA KLIK DISINI UNTUK DAPAT KULIT YANG CERAH DAN GEBU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *