‘Syikin, Tolong Ibu’ – Anak Cerita Detik Cemas Terima Panggilan Ibu Sebelum Maut Kemalangan

Saat perjalanan ke tempat kerja merakam kali terakhir seorang anak bercakap dengan ibunya. Norasyikin Zuryanidufizan, 22, baru sahaja kehilangan ibunya dalam nahas dua bas kilang di Pulau Pinang baru-baru ini.

Mempunyai jadual waktu kerja yang sama, Norasyikin dan ibunya, Noriah Kasa, 40 dilaporkan sedang dalam perjalanan ke tempat kerja apabila nahas berlaku, tetapi secara berasingan. Katanya, pagi itu, ibunya telah meninggalkan rumah lebih awal menaiki bas kilang, dan dia susul lebih kemudian menaiki van. Perjalanan ke tempat kerja pada hari itu mula terasa lain apabila Asyikin menerima panggilan daripada ibunya…

“Syikin, tolong ibu… tolong ibu…”

Kongsi Asyikin, dia menerima panggilan dari ibunya tika dalam perjalanan ke tempat kerja dalam trafik yang begitu sesak. Siapa sangka, kesesakan itu berpunca daripada nahas yang telah meragut nyawa ibunya sendiri.

Ibu pergi kerja terlebih dahulu menaiki bas manakala saya menaiki van dan berada jauh dari basnya.

Arwah menelefon saya dan meminta tolong beberapa kali sebelum panggilannya terputus.

Masa dapat panggilan dan dengar ibu cakap macam tu, saya terus berdebar. Tiba-tiba saya saya jadi gelisah dan asyik teringat apa yang ibu katakan.

Asyikin berkata, pagi sebelum kejadian, mereka sempat berbual panjang sebelum meninggalkan rumah ke tempat kerja masing-masing. Luahnya lagi, rintihan ibunya meminta tolong dalam keadaan tersepit dalam tragedi malang itu akan selamanya menghantui dirinya.

“InsyaAllah, saya tunaikan hasrat ibu”

Sementara itu, adik Asyikin, Zarul Haziqyang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu memberitahu Berita Harian yang dia akan cuba sehabis baik untuk menunaikan hasrat ibunya untuk melihatnya menjadi seorang ustaz. Menurutnya lagi, kali terakhir dia berjumpa ibunya pada Sabtu lepas di sekolah tahfiz.

Mak datang melawat saya. Sebelum pulang dia sempat memeluk dan menasihati supaya menjaga diri.

Hanya itu pesanan terakhir mak dan saya sangat rindukannya.

Saya terkejut apabila dimaklumkan bapa saudara yang datang menjemput pagi tadi dan memberitahu mak sudah meninggal dunia.

Apa yang mampu saya lakukan hanyalah membaca al-Fatihah sebaik mendengar berita sedih itu.

Sumber: Berita HarianTerengganu TimesHarian Metro

IKLAN PENAJA 

SILA KLIK DISINI UNTUK DAPATKAN QALLISTASIGNATURE . JOM FOLLOW IG KAMI QALLISTASIGNATURE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *