10 BENDA “JIJIK” DAN “ANEH” YANG DIJUAL DENGAN HARGA YANG MAHAL!!

Kita semua tak kisah kalau beli Iphone yang harga beribu ringgit, ataupun melaburkan wang pada rumah banglo mewah berjuta-juta ringgit di Kuala Lumpur kerana ia adalah perkara yang berbaloi, aset dan berguna pada kita. Bagaimana pula dengan benda yang dianggap “kotor” atau “jijik” (bagi sesetengah pihak) dijual dengan harga yang tidak masuk akal namun mendapat sambutan diluar dugaan? Dibawah kami menyenaraikan 10 benda yang kita anggap “Jijik” namun dijual dengan harga yang tidak masuk akal. Sediakan wang untuk membeli.

#1 Muntah Ikan Paus (RM+400,000)

Sepasang suami isteri dari Lancashire, England, Gary dan Angela William, telah menjumpai ambergris (muntah paus yang beku) ketika bersiar-siar ditepi pantai. Pasangan ini sekarang berada di dalam rundingan dengan bakal-bakal pembeli dari serata England dengan bidaan mencecah sehingga RM400,000!! Ambergris atau lebih dikenali sebagai muntah ikan paus, amat bernilai buat syarikat-syarikat pengeluar minyak wangi kerana dengan bahan tambahan ini akan membuatkan aroma minyak wangi lebih tahan lama. Oleh kerana ia sukar didapati, harganya menjadi sangat tinggi dan menjadi rebutan syarikat-syarikat pengeluar minyak wangi dunia. Muntah ikan paus ini dirembeskan di dalam salur hemperdu dan usus sperma ikan paus dan dipercayai dikeluarkan secara tidak sengaja oleh ikan paus selepas memakan objek asing di lautan. Ketulan muntah paus 1.57kg ini mempunyai bau yang tidak menyenangkan seperti didakwa oleh pemilik muntah tersebut, Gary William.

#2 Casu Marzu (RM+400 sepotong)
Jangan buang keju basi anda, mungkin ia bernilai RM400 sepotong! Kaya wooo
Cazu Marzu adalah gelaran nama kepada keju susu berkulat dan basi yang menjadi tempat pembiakan ulat maggots yang bertelur dan menetas didalamnya. Jangan terkejut jika keju basi ini digemari oleh masyarakat Itali dengan harga mencapai sehingga RM400 sepotong!!! Proses pembuatan keju ini sangat menjijikkan kerana si pembuat akan membiarkan keju susu ini dihurungi lalat dan membiarkan lalat-lalat ini bertelur di dalam keju tersebut. Ia dibiarkan ‘membusuk’ selama berminggu-minggu sehingga telur-telur lalat tersebut menjadi ulat maggots. Ulat-ulat ini akan merembeskan enzim yang menyebabkan keju ini membusuk, melekit, dan bergetah. Ketika inilah, keju ini dikeluarkan daripada bilik simpanan dan sedia untuk dimakan…bersama-sama lalat maggot yang masih berada di dalam keju tersebut. Hidangan ini dikatakan sedap oleh masyarakt Itali namun ia diharamkan di sana atas faktor-faktor tertentu. Oleh kerana itu, Casu Marzu hanya dijual secara “pasaran gelap” dengan harga mencecah RM400 untuk sepotong. Jadi jika anda mempunyai keju basi di rumah, cuba jualnya dahulu secara online sebelum membuangnya. Ahaks.

#3 Rawatan Muka dengan Plasenta Kambing Biri-biri (RM+2000)
Ramuan rawatan muka daripada plasenta (uri) kambing biri-biri. Selebriti barat terkenal seperti Kim Kardashian, Harry Styles dan Victoria Beckham sanggup melaburkan wang sebanyak RM2000 di pusat rawatan kulit Louise Deschamps hanya untuk mendapatkan rawatan muka plasenta (uri) kambing biri-biri. Bunyi menjijikan namun begitu menurut mereka, rawatan tersebut membuatkan muka mereka bersinar-sinar, membantu melawan keradangan kulit muka dan meningkatkan imuniti kulit. Walaupun berbau seperti “Peluh dan Cuka masam”, rawatan ini telah disahkan positif oleh pakar perubatan barat dalam menggalaklan pertumbuhan tisu -tisu baru. Anda mahu cuba?

#4 Kopi Luwak (RM+350 secawan)
Kopi Luwak – Kopi sedap termahal di dunia. Kopi Luwak yang berasal dari Indonesia ini merupakan kopi yang termahal di dunia. Minuman ini dibancuh daripada biji-biji kopi yang diperolehi dan diasingkan daripada najis kucing Civet yang sebelum ini diberi makan biji-biji kopi tersebut. Penemuan kopi ini berlaku secara tidak sengaja di ladang pengeluaran kopi di Indonesia apabila kucing-kucing civer liar ini telah berkeliaran di ladang kopi, merosakkan tanaman kopi disana dan memakan hampir ke semua biji kopi di ladang. Sistem penghadaman kucing civet yang unik ini membuatkan kopi yang dimakan mereka tidak dicerna dan menghasilkan rasa dan bau yang baru selepas dikeluarkan dari badan. Para peladang kemudiannya mengasingkan biji kopi tersebut daripada najis kucing civet. Ia kemudian dibersihkan, dipanggang dan dibancuh. Kini, kucing-kucing civet diternak secara komersial dan diberi makan biji kopi. Kopi Luwak pernah menjadi isu pendebatan kerana kehalalnya. Jom minum kopi!

 

#5 Rawatan Muka Najis Burung (RM+700)
Tak perlu susah-susah membeli produk mahal, hanya tampal najis burung dimuka anda
Nak kelihatan cantik? Sapu saja krim tahi burung dimuka tiga kali sehari! Itulah antara pakej rawatan spa di Jepun dengan menyapu campuran najis burung Nightingale dan beras tumbuk di muka dengan setiap sesi sapuan bernilai RM+700!! Rawatan muka ini mendapat sambutan yang sangat mengalakkan disana tidak kira usia dan jantina. Mereka sanggup beratur di Pusat rawatan muka Shizuka New York setiap bulan kerana percaya ia akan membuat kulit mereka menjadi lembut dan licin. Menurut pakar disana, najis burung ini akan bertindak balas dengan sel kulit muka dan perlahan-lahan akan menggantikan kulit lama dengan kulit baru. Rawatan ini juga mendapat sambutan daripada selebriti Jepun juga. Produk ini boleh dibeli di farmasi dan pusat kecantikan bagi yang ingin membuat rawatan sendiri di rumah. Muka I putih You!!

#6 Arak Najis Gajah (RM+400)
Arak masam daripada najis gajah. Pada tahun 2013, sebuah kilang arak di Jepun, Japan Sankt Gallen bercadang untuk mencipta arak daripada biji kopi yang diperolehi daripada najis gajah. Sama seperti penghasilan kopi Luwak di Indoensia, biji kopi yang dikeluarkan bersama-sama najis gajah itu diasingkan, dibersihkan dan diperamkan untuk menghasilkan arak ini. Walaupun ia diperbuat daripada najis gajah, ramai pembeli yang pernah merasai arak ini memberi tanda “bagus” atas rasa dan baunya yang enak.

#7 Rawatan Muka dengan Darah (RM+3,000 – RM+6,000)
Manusia sanggup sakit untuk kelihatan cantik. Pada tahun 2013, Kim Kardashian telah memuat naik satu gambar di tweetnya dengan rawatan muka darah. Rawatan itu dakwanya menjanjikan muka yang lebih muda, tegang dan berseri-seri. Rawatan darah ini atau dikenali sebagai The Vampire Facelift ini diperkenalkan oleh seorang Doktor, Dr. Charles Runels dari Alabama. Darah akan disedut keluar daripada lengan pengguna dan platlet darah merah akan diasingkan. Ia kemudian digabungkan secara kimia dengan Restylane dan Juvederm. Darah campuran ini akan disuntik dimuka untuk merangsang pengeluaran kolegen. Ia juga disapu dibahagian muka untuk menghapuskan garis-garis halus dan parut jerawat. Rawatan ini akan berlangsung selama 45 minit dan menyakitkan sehingga dianugerahkan sijil oleh badan rawatan muka dan spa disana.

#8 Pil Najis Manusia (RM+50,000 setahun)
Jika anda membuang air besar lepas ini, ingatlah najis anda bernilai RM50,000 setahun
Bunyi sesuatu yang menjijikkan namun ia betul-betul ada. Terima kasih kepada sebuah pertubuhan yang bukan mengejar keuntungan, OpenBiome, anda boleh menjual najis anda kepada mereka dengan bayaran RM50,000 setahun dan dalam masa yang sama anda dapat menyelamatkan nyawa orang lain. Najis beku anda ini akan diberi kepada pesakit yang sangat sakit dan lemah yang dipanggil sebagai penyakit C.Difficile. Pesakit yang menghidapi penyakit ini akan menyebabkan kegagalan fungsi gastrousus yang melampau dan menyebabkan mereka menderita. Dengan memasukkan najis sihat ke dalam usus pesakit (melalui endoskopi, tiub hidung atau kapsul ditelan) doktor dapat membasmi penyakit untuk kebaikan. Mencari penderma najis adalah sukar, dan ada sesetengah pesakit terdesak meminta najis daripada rakan-rakan atau sanak-saudara mereka. Susulan kejadian ini, ia menjadi inspirasi buat pengasas OpenBiome untuk membuka bank najis beku pertama di dunia. Setakat ini sebanyak 2,000 sumbangan najis sihat telah diserahkan kepada 185 hospital seluruh negara. Bunyi sangat mudah untuk menjadi penderma najis tetapi prosedur menderma najis bukanlah mudah seperti yang disangka. Anda bukan saja perlu sihat, tetapi perlu BENAR-BENAR SIHAT dan dipantau setiap masa. Penderma perlu menderma najis mereka selama setahun dan dijaga rapi dari segi kesihatan dan pemakanan sepanjang tempoh itu. Penderma akan menerima bayaran sebanyak RM+50,000 untuk menjadi “bahan penderma najis” selama setahun. Berminat?

#9 Sup Sarang Burung (RM+120 semangkuk)
Pemeliharan burung layang-layang telah dikomersialkan di Malaysia. Sup sarang burung bukanlah sup yang diperbuat daripada sarang burung seperti yang anda sangkakan – ranting, rumput kering dan lumpur. Bahan utama sup ini adalah sarang burung layang-layang yang diperbuat sepenuhnya daripada air liur burung tersebut. Yum! Air liur burung layang-layang bersifat berserat seperti plastik dan bergetah mengandungi mucoglycoprotein (gabungan protein dan karbonhidrat). Ia juga mengandungi tahap kalsium, zat besi, magnesium dan kalium yang baik untuk kesihatan. Ia disediakan secara merendam dan mengukus sarang tersebut di dalam air panas dan dihidangkan selepas ia bertukar sifat seakan-akan “agar-agar”. Sup sarang burung dianggap makanan istimewa di China sejak Dinasti Tang (618-907AD). Ia dipercayai dapat merawat asma, bronkitis, penyakit kulit, dan meningkatkan tenaga. Ia dijual sehingga RM+120 – RM+1800 semangkuk dan RM+6,000 sekilo bagi yang kering! Jom makan!

#10 Tisu Hingus Scarlett Johansson (RM+16,000)
Hingus aku pun bernilai, ko ada?? Pada tahun 2008, tisu yang telah digunakan oleh selebriti Hollywood, Scarlett Johansson telah berjaya mendapat bidaan sehingga RM+16,000. Scarlett kurang sihat ketika menghadiri sesi temubual dalam rancangan America’s The Tonight Show dan meminta tisu daripada Jay Leno, host rancangan terbabit. Secara siaran langsung di depan jutaan penonton, Scarlett tanpa segan silu menghembuskan hidungnya (atau hingusnya) pada tisu berkenaan dan menyerahkannya semula kepada Leno sambil bergurau mungkin tisu hingusnya ini bernilai untuk dijual. Dugaan Scarlett benar apabila ia mendapat sambutan dan bidaan luar biasa dari para peminat selepas dibida di dalam eBay keesokkan harinya. Oh My God!! Tisu tandas tak nak dilelong juga ke, Scarlett?

Kredit: Potpetinfo via katakpisang.com

*/*/*/*/*/*/*/*/*

MUKA BERJERAGAT ???
MALU NAK KELUAR RUMAH ??? 😔😔😔😔😔😔😔
.
JANGAN BERSEDIH ❌❌❌❌


.
@flawscrub_hq kan ada???👍👍👍 . ..
💞Khasiat Qallista #flawscrub :💞
– Mengurangkan selulit yang ada
– Mengurangkan rekahan kulit
– Mengurangkan jerawat
– Memudarkan parut jerawat, jeragat
– Memudarkan kawasan celahan gelap sperti ketiak, celah kangkang, leher, lutut dll
– Mengurangkan lingkaran gelap di kulit anda
– Mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata
– Mengurangkan parut2 lama
– Melembutkan kulit
– Berasa segar dan sihat
– Melembabkan kulit
– Melangsingkan dan memberi bentuk badan ideal
– Melindungi kulit dari sinaran UV

Jom follow kami diatas atau whatsapp kami di link di bwah nie!!

Jangan malu malu untuk bertanya dan jadi cantik. Kami sedia membantu anda…. Ingat QS, ingat gebu gebas… <CLICK SINI> Untuk Terus Whatsapp Wakil Dedikasi Kami

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *