8 Kata-Kata Indah Tentang Tugas Ibu Bapa Dari Mendiang Princess Diana

Kata-kata hebat yang diucap mendiang Princess Diana ini tentang tugas ibu bapa sungguh menyentuh hati dan ada benarnya. Marilah sama-sama kita ambil inspirasi dari ikon ibu kepada Putera William dan Harry ini.

Pemergian ikon Princess Diana

Tanggal 31 Ogos tempoh hari genap 20 tahun pemergian Princess Diana dalam kemalangan tragik.

Siapa yang tak kenal Princess Diana?

Beliau kerabat diRaja yang amat popular kerana kerja kemanusian, gaya dan kebaikan budinya.

Tapi bagi kita, pastilah beliau satu ikon ibu yang sungguh menawan. Ibu ini yang melahir dan membesarkan Putera William dan Putera Harry.

Rasanya masih belum terlambat untuk memberi penghargaan kepada beliau. Jadi, kami di theAsianparent ingin berkongsi 8 kata-kata indah yang diucap beliau tentang tugas ibu bapa.

Kata-katanya sungguh bernas dan wajar diambil iktibar oleh semua ibu bapa di luar sana…

8 kata-kata Princess Diana tentang tugas ibu bapa

1. Ibu bapa harus ajar anak tentang empati

Kitalah insan yang paling dekat dengan anak. Kita juga contoh buat mereka. Dari kita mereka belajar semua perkara.

Sebab itu Princess Diana menekankan ibu bapa untuk ajar anak-anak tentang empati. Katanya –

“Saya mahu anak-anak saya faham tentang situasi orang lain. Apa kekurangan, kelebihan, kesusahan, impian dan cita-cita mereka. 

Bila mereka faham, mudah mereka berbuat baik pada orang lain kerana semua orang tak sempurna.”

tugas ibu bapa

Kredit: Getty Image

2. Anak-anak ini generasi yang akan mengubah dunia, ajar mereka sebaiknya.

Tugas Putera William dan Putera Harry mungkin lebih besar kerana mereka kerabat diRaja.

Tapi tak bermaksud anak kita takkan berbakti pada masyarakat juga kan? Princess Diana menyarankan ibu bapa memberi contoh yang terbaik.

“Saya bawa William dan Harry melihat gelandangan.

Melihat kesusahan dalam kehidupan. Melihat pesakit kanser dan sebagainya. Saya mahu mereka tahu inilah kehidupan dan mereka perlu buat baik pada semua orang.”

3. Ajarlah si manja anda berdikari

Tiada ibu bapa yang bersedia untuk membiarkan anak mereka berdikari sendiri.

Walaupun mereka dah besar, kita masih lihat mereka seperti anak kecil yang disambut kita dengan penuh syukur dalam bilik bersalin dulu.

Kalau mereka jatuh macam mana? Tercedera?

Tapi Princess Diana faham kepentingan mengajar anak-anak berdikari.

tugas ibu bapa

Kredit: Getty Image

“Memang saya sedih apabila William akan masuk sekolah. Tapi, inikan fasa baru dalam hidupnya. Saya mesti sokong anak saya! Saya tahu dia bersedia dan dia akan jadi anak yang berdikari.”

Wah, sungguh berjiwa besar ibu ini. Saya harap saya sekuatnya!

4. Akui yang ibu bapa juga boleh mengalami kemurungan

Masalah kemurungan sering dianggap ringan di Malaysia. Ada yang kata penghidap masalah ini saja nak perhatian.

Tapi, cabaran sebagai ibu bapa boleh membuatkan anda murung, walaupun anda jadi ibu bapa sehebat mana pun! Sebab itu Princess Diana tak menafikan keadaan itu dan merendah diri berkongsikan kisahnya.

“Saya pernah mengalami kemurungan (meroyan) selepas bersalin. Tapi tiada siapa percaya. Tiada siapa ambil kisah.

Setiap pagi anda akan rasa susah untuk bangun… Anda rasa tak dihargai, sering disalah erti…

Orang ingat saya hanya mahukan perhatian. Tak. Saya sebenarnya menderita dari dalam. 

Tapi saya ingin bangkit. Saya nak jadi isteri, ibu dan Princess of Wales yang terbaik! Saya lawannya. Saya kena kuat!”

tugas ibu bapa

Kredit: Getty Image

Wahai ibu di luar sana, ambillah inspirasi kekuatan mendiang ini untuk anda. Cuba bangkit walau sesukar mana anda rasa!

5. Anak itu nyawa dan jiwa semua ibu bapa

Cahaya mata itulah pengarang jantung dan jiwa semua ibu bapa. Mereka ibarat nyawa kita.

Princess Diana berkata –

“Saya hidup untuk anak-anak saya. Saya mati tanpa mereka. Mereka nyawa saya!”

6. Peluklah si manja itu.

“Tiada yang lebih baik selain pelukan. Ia menenangkan, ia adalah satu bentuk kasih sayang. Terutamanya buat anak-anak.”

Peluklah si manja anda selagi mereka masih kecil. Peluk mereka erat.

tugas ibu bapa

Kredit: Getty Image

7. Lindungi si manja selagi boleh!

“Saya akan bertarung demi anak-anak saya. Tak kira di mana, kenapa dan daripada sesiapa. Lindungi anak kita selagi terdaya!”

tugas ibu bapa

Kredit: Getty Image

8. Tiada yang sempurna…

Betullah, sekeras mana pun kita cuba untuk jadi ibu bapa yang paling sempurna, tiada sesiapa sempurna di dunia ini.

“Jangan panggil saya ikon. Saya hanya seorang ibu yang sedang mencuba. Saya cuba untuk membantu ibu lain juga.”

Wah, berkobar-kobar semangat apabila membaca kata-kata indah daripada ikon istimewa ini!

Bagaimana ibu bapa semua? Mari ambil ia sebagai inspirasi untuk tugas harian kita sebagai ibu bapa, ya!

Sumber rujukan: Huffington Post

Kredit gambar: Getty Image

Sumber: https://my.theasianparent.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *