Pakar Minta Ibu Bapa Jangan Lagi Paksa Anak Habiskan Makanan Dalam Pinggan!

Ibu bapa jangan tak tahu… pakar minta kita jangan lagi paksa anak-anak habiskan makanan mereka dalam pinggan! Betul ke? Mengapa? Mari semak mengapa.

Anda selalu paksa anak habiskan makanan dia?

Selalu bukan kita memarahi anak-anak kerana mereka tak mahu menghabiskan makanan?

Kajian tahun 2007 menemui 85% ibu bapa akan cuba memaksa anak mereka untuk menghabiskan makanan dan makan lebih banyak.

Tapi sekarang… anda tak boleh paksa mereka lagi!

Menurut pakar, memaksa anak menghabiskan makanan boleh menyebabkan masalah pemakanan kepada mereka.

Ini sebab dengan memaksa mereka makan, mereka tak dapat membezakan rasa kenyang atau lapar.

Kajian pakar mendapati amalan paksa anak habiskan makanan adalah sangat berbahaya!

Maryann Jacobsen – seorang pakar diet dan nutrisi keluarga mengeluarkan kenyataan baru-baru ini.

Memaksa anak makan akan membuatkan mereka hilang keupayaan untuk membezakan apakah kehendak badan mereka.

Oleh itu apabila mereka dewasa, peraturan yang patut mereka patuhi tak dapat dibezakan oleh mereka.

Menurut penyelidik di Universiti Minnesota pula, amalan paksa anak habiskan makanan akan menyebabkan masalah pemakanan secara langsung lalu menjejaskan Jisim Indeks Badan (BMI) kanak-kanak terbabit.

Mereka akan mengalami risiko terlebih berat badan atau obesiti!
paksa anak habiskan makanan

Jika anda paksa anak habiskan makanan, mereka berisiko mengalami obesiti apabila besar nanti. Foto ehsan: pixabay

Kanak-kanak yang terlalu dikawal pemakanannya juga akan ada kecenderungan masalah pemakanan berbanding mereka yang tak dikawal pemakanannya.

Dan lebih ramai kanak-kanak perempuan yang mengalami masalah ini!

Berdasarkan kajian yang telah diterbitkan di Pediatrics, didapati lebih separuh daripada ibu bapa akan memaksa anak mereka melicinkan semua makanan dalam pinggan.

Dan satu per tiga daripada perbuatan itu akan menyebabkan anak mereka makan lebih daripada keperluan badan mereka.

Ini bermakna, walaupun sudah kenyang, anak mereka masih terus makan hingga “terlebih makan” dan boleh mengundang risiko obesiti.

Pakar pemakanan: Paksa anak menghabiskan makanan merosakkan kemampuan mereka

Pengkaji juga mendapati cara ini merosakkan kesejahteraan anak-anak.

Mereka mencadangkan ibu bapa supaya mendidik anak-anak untuk makan secara sederhana.

Ini dapat membantu mengelakkan anak-anak dari terlebih makan.

Pakar psikologi dan ketua penyelidik di Univerisiti Teknologi Queensland juga telah menjalankan kajian tentang hal ini.

Hasil kajian menunjukkan tabiat makan seperti ini menyebabkan kanak-kanak lebih mengawal badan mereka.

 

Apa jadi jika anak tak dipaksa untuk menghabiskan makanannya?

Kanak-kanak yang dibiarkan untuk makan dan berhenti bila mereka mahu mempunyai kadar masalah pemakanan yang lebih rendah.

Menurut Dr. Linda Gilmore, ibu bapa tidak harus menjadikan waktu makan sebagai waktu untuk mengawal.

Ini kerana masalah pemakanan seperti anoreksia selalunya terjadi akibat terlalu ingin mengawal berat badan.

Apa yang ibu bapa harus buat untuk tak paksa anak menghabiskan makanan?

Pakar menyarankan ibu bapa untuk lebih mementingkan kualiti makanan berkhasiat, berbanding kuantiti makanan yang dimakan.

Jadi ibu bapa semua… jom kita ubah amalan kita itu!

Dari memaksa anak menghabiskan makanan, baik kita fokus pada kualiti makanan yang dimakan oleh mereka.

Dan biar mereka kenal dengan isyarat badan mereka sendiri tentang bila untuk berhenti makan.

Baca juga tentang saranan makanan berkhasiat untuk anak-anak oleh British Nutrition Foundation di dalam artikel ini.

Sama-sama kita belajar, ya?

Sumber rujukan: Google Web Light

via https://my.theasianparent.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *