Pekerja Wanita Ini Dipaksa Melayan Majikan Arabnya Hingga Nyaris Dirogol!

Wanita ini merakam gangguan seksual di tempat kerja yang menyebabkan dia nyaris dirogol oleh majikannya! Apa yang patut dilakukan jika anda menjadi mangsa?

Seorang wanita nyaris dirogol majikannya!

Menerima gangguan seksual di tempat kerja bukan perkara asing lagi di Malaysia.

Tempoh hari, saya sempat baca komen-komen di Facebook yang mengatakan gangguan seksual di tempat kerja memang berleluasa, terutamanya di sektor kerajaan.

Perkara itu jugalah yang berlaku pada wanita malang ini yang bekerja di Arab Saudi. Kejadian terjadi pada 25 Ogos lepas.
gangguan seksual di tempat kerja

Kredit gambar: Tribun Timur

Seorang wanita warganegara Indonesia sempat merakam video sepanjang 1 minit menunjukkan bagaimana majikannya, seorang warga Arab sedang “memaksa” dan ingin merogol beliau!

Sebelum ini, majikan Arab tersebut telah berulang kali cuba melakukan perbuatan sama apabila isterinya tiada di rumah.

Selepas merakam video tersebut, beliau menghantar ia kepada temannya di Filipina dengan rintihan “Bantu saya.”

Kasihannya… semoga Tuhan melindungi wanita ini!
Gangguan seksual di tempat kerja
Gangguan seksual adalah fenomena negatif yang boleh menjejaskan mana-mana mangsa di tempat kerja.

Menurut kajian Dr Zakaria Ismail, gangguan seksual sering dikaitkan dengan perilaku pekerja lelaki yang bertindak dalam bentuk seksual.

Perilaku dan tindakan pekerja lelaki ini biasanya berdasarkan kuasa dan jawatan tinggiyang dipegang mereka.

Sesuatu perbuatan dianggap sebagai satu gangguan seksual apabila pemangsa melakukan kelakuan seksual yang tak dikehendakimengancam mangsa dan mewujudkan persekitaran kerja yang tak aman.

Gangguan seksual terdiri daripada beberapa aspek seperti:

  • Gangguan bukan lisan (paparan gambar di dinding, bersiul, pergerakan berisyarat dan sebagainya)
  • Gangguan fizikal (sentuhan)
  • Gangguan lisan (percakapan, pernyataan dan cadangan berunsur lucah)
  • Gangguan intimidasi (komen lucah tentang pakaian, rupa atau perbuatan)
  • dan Peras-ugut seksual (berkaitan naik pangkat)

gangguan seksual di tempat kerja

Kredit gambar: The Guardian

Ada ke undang-undang di Malaysia yang melindungi mangsa gangguan seksual di tempat kerja?

Seperti kes rogol dan sebagainya, gangguan seksual memberi kesan psikologi yang teruk pada mangsa.

Mangsa mungkin akan sering berasa rendah diri, menyalahkan diri sendiri, fobia malah mengalami tanda-tanda muntah serta sindrom tak lalu makan jika ia terlalu teruk.

Walaubagaimanapun, tiada undang-undang tersedia khusus untuk melindungi gejala terkutuk ini.

Yang ada hanyalah buku panduan Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja yang dikeluarkan pada tahun 1999.

Dalam kod amalan itu, terdapat semua perkara tentang seperti apakah definisi gangguan seksual, prosedur membuat aduan dan langkah-langkah perlindungan dan pemulihan pada mangsa.

Tapi, kod ini tak beri kesan dalam perundangan! Ia hanya satu garis panduan saja.

Sebab itu ramai yang tak mahu melaporkan gangguan yang terjadi dan menganggap gangguan seksual bukan satu bentuk kesalahan jenayah!

Akan tetapi, jangan risau wanita semua. Gangguan seksual adalah satu kesalahan jenayahdi bawah Kanun Keseksaan.

Sesiapa yang melakukan gangguan ini boleh disabit dalam Seksyen 509, Seksyen 354 atau Seksyen 355.

Maka, apakah tindakan yang boleh diambil oleh mangsa gangguan seksual?

Mari kita atasi perbuatan tidak bermoral ini. Apa mereka (pemangsa) fikir mereka boleh lepas begitu saja?

Jika anda menghadapi sebarang bentuk gangguan seksual di tempat kerja, segera ambil tindakan!

Jangan berlengah lagi. Perbuatan ini tidak harus didiamkan.

Anda boleh:

  1. Dapatkan nasihat dan maklumat daripada HR, Kaunselor, pegawai atasan atau pegawai kaunseling
  2. Membuat aduan rasmi kepada Kaunselor atau pegawai kaunseling
  3. Menyimpan sebarang nota, video, sms, foto dan sebagainya yang boleh jadi bahan bukti
  4. Memaklumkan gangguan pada mana-mana pihak ketiga
  5. Mengenalpasti pegawai lain yang mungkin turut diganggu
  6. Membuat laporan rasmi untuk tujuan tindakan tatatertib
  7. Membuat laporan polis di bawah kesalahan mencabul kehormatan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan

Jika kejadian gangguan seksual di tempat kerja (terutamanya dalam sektor perkhidmatan awam) semakin teruk dan anda memerlukan bantuan dan memiliki pertanyaan serius, sila hubungi: 03-88853695/3704/3713 atau menghantar pesanan emel kedasarbpps@jpa.gov.my

Jenayah seperti ini tak seharusnya didiamkan. Siapa boleh memastikan gangguan seksual seperti ini takkan meleret menjadi perbuatan merogol?

Kita tak tahu apa keupayaan pemangsa! Sebab itu kita harus melaporkannya.

Sumber rujukan: Tribun TimurDr Zakaria IsmailUndang-Undang Gangguan Seksual di Malaysia dan JPA

via https://my.theasianparent.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *