Foto Terkini Hani Kamila, Anak Arwah Hani Mohsin dan Puan Sri Tiara Jacquelina!!

Teringat pula pada arwah Hani Mohsin yang sangat dikenali sebagai seorang artis yang baik dan sangat merendah diri. Dulu dia ni famous saing-saing Rosyam Nor. Memang sangat kacak dan muka pun jambu je.

Hani Mohsin Hanafi (18 Jun 1965 – 25 Julai 2006) adalah seorang artis terkenal dari Malaysia dan juga pengacara rancangan permainan tempatan Roda Impian. Beliau yang dilahirkan Kangar, Perlis mula menjinakkan diri dengan dunia lakonan ketika menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan minat itu semakin bercambah apabila melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan.

Di UiTM, Allahyarham mengasah bakat lakonan hingga dilantik sebagai Presiden Persatuan Anak Seni Kampus atau Peska. Selepas tamat pengajian di UiTM pada 1987, Mohsin bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah firma swasta.

Al-Fatihah utk Allahyarham Hani Mohsin, yg menghembuskan nafas terakhirnya di kaunter Air Asia di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang. Turut bersama arwah ialah anak perempuannya, Hani Karmila, 10 (ketika itu). Mereka difahamkan mahu bercuti di Langkawi, sebelum arwah ‘collapse’ akibat serangan jantung.

Semasa berita kematian arwah ditayangkan kita juga turut rasa sedih kerana melihat satu-satu anak perempuannya menangis setelah diberitahu ayahnya telah meninggal. Masa tu tengok memang comel sangat Hani Karmila nama yang cantik macam orangnya juga.

Tapi sekarang Hani Karmila telah dewasa. Cantik dan mempunyai iras-iras ayahnya iaitu arwah Hani Mohsin. Jom tengok gambar di bawah :-

Sumber : sensasinews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *