Laudya Cynthia Bella Buat Kejutan Untuk Erra Fazira…

Hubungan Laudya Cynthia Bella dengan bekas isteri Engku Emran, Erra Fazira, nampaknya patut dicontohi. Tidak ada jarak antara Bella dengan Erra.

Bintang filem Surga yang Tak Dirindukan itu malah menganggap Erra Fazira seperti saudaranya sendiri. Seperti kali ini, Laudya Cynthia Bella turut merayakan ulang tahun Erra Fazira.

Tepat pada hari Jumat (9/2/2018) kelmarin, Erra Fazira genap berusia 44 tahun.Erra berkongsi rasa syukur dan berterima kasih kepada peminatnya mendoakan dirinya panjang umur.

“Allahuakbarrrr.. tak tahu nak ku gambarkan perasaan ini.. TERIMA KASIH kepada kalian semua yg mengirim ucapan SELAMAT ULANGTAHUN.. yg menitip doa buat diri ini.. Hanya Allah yg dapat membalas segala kebaikkan kalian..,” ujarnya melalui Instagram pribadinya.

Tidak ada rasa cembur yang dirasakan Erra Fazira meskipun Engku Aleesya tinggal bersama Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella. Ketiga-tiganya justru terlihat bersama-sama mengurus buah hati mereka.

Seperti baru-baru ini misalnya, Erra akan ambil alih mengasuh Aleesya ketika Laudya Cynthia Bella ada di Jakarta. Begitu juga sebaliknya, saat dirinya sibuk, Bella lah yang akan menguruskan Aleesya.

 

artikel seterusnya…………….

Woww, Eksotiknya! Nad Zainal Makan Ais Krim Sotong?

Pada yang suka makan ais krim, mesti terasa mahu mencuba ais krim pelik ni. Dengan kecanggihan teknologi dan minda usahawan yang kreatif, semakin banyak perisa aiskrim yang eksotik dan pelik diperkenalkan.

Giapo Ice Cream yang berpengkalan di  Auckland telah mengeluarkan ciptaan yang luar biasa ini, yang diilhami oleh Sotong Kurita yang terkenal di dunia.

Terbaru menerusi Instagram pelakon popular Nad Zainal, terlihat gadis genit ini sedang bercuti di New Zeland bersama suami tercinta dan dia tidak melepaskan peluang untuk merasai keanehan ais krim ini.

Untuk pengetahun anda, seluruh ais krim ini diciptakan menggunakan teknologi percetakan 3D dan siripnya berongga dan bukan padat untuk menstabilkan rangka sotong itu.

Macam rasa takut nak makan kan? Penulis pun suka makan ais krim tapi hanya nampak 3 atau 4 perisa aiskrim sahaja.

 

Kredit : Hangat.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *