SUBHANALLAH. PEMUDA BERCAKAP PELIK KETIKA NAZAK. BILA IBUNYA DATANG JE DIA TERUS….

Cerita seorang sheikh tentang seorang pemuda yg soleh. Dia selalu jaga mak dia dan selalu beribadat di masjid. Satu hari ketika umurnya masih muda 30an dia jatuh sakit dan ketikanazak seluruh keluarga terkedu biladia banyak bercakap pelik2. Ketikaibunya datang, “sesuatu” berlaku….. Subhanallah Allahuakbar. 😱😱

SUBHANALLAH. Pemuda Bercakap PELIK Ketika Nazak. Bila Ibunya Datang Je Dia Terus…. | Khalifah Mail Online – Syeikh Muhammad Hassan Hafidzahullah dalam sebuah khutbahnya, mengisahkan tentang cerita aneh yang dialami seorang pemuda pada saat akhir nafas nya menjelang jemputan sakaratul maut. Kisah ini boleh menjadi teladan bagi pemuda zaman sekarang untuk mencintai, mengasihi dan berbakti kepada orang tua mereka, terutama kepada Ibu. Mari kita hayati kisah di bawah ini.

KISAH SEORANG PEMUDA HEBAT
Rumah itu di selimuti kesedihan, seorang pemuda yang terkenal dengan sifat soleh dan sangat berbakti kepada ibunya tengah terbaring di atas tilam di tengah rumah. Dia sedang dalam keadaan bertarung nyawa menanti kematiannya. Pemuda tersebut masih muda, belum lagi menjengah ke usia 30 tahun menjalani hidup di dunia.

Dalam suasana yang sedih dan tegang tersebut, tiba-tiba saja pemuda tersebut mengucapkan kata-kata yang sangat mengejutkan, amat menggemparkan sekali. Keluarga dan jiran tetangga yang menziarahi dan berada di sekeliling pemuda tersebut bingung dan keliru dengan keadaan pemuda tersebut? Apa yang sedang dialami nya?

BUTIR BICARA MENJELANG SAKARATUL MAUT
“Tidak. Aku tak boleh. Aku tak boleh. Aku harus meminta izin dengan ibuku dahulu”, demikian kata-kata yang keluar dari bibir pemuda tersebut berulang-ulang.

Seluruh keluarga dan orang yang datang menziarahi nya berasa bingung menyaksikan kejadian tersebut, salah seorang diantaranya bergegas memanggil Ibu pemuda tersebut. Ibu pemuda tersebut berada dalam bilik yang berbeza sambil berdoa karana tidak sampai hati melihat anak kesayangannya menghadapi sakaratul maut. Anak emas yang sangat patuh dan mencintainya tersebut, sedang berhadapan dengan saat sakaratul yang semakin hampir.

“Lihatlah anak kamu, dia asyik mengucapkan kalimah-kalimah yang aneh !!“, teriak salah seorang saudara mereka sambil mengajak sang Ibu untuk menuju ke tempat perbaringan anaknya. Tidak berfikir lama, sang ibu terus menghampiri anaknya.

Ketika didekati, ternampak pemuda itu sudah mula mengeluarkan butiran keringat yang berkilau apabila terkena cahaya lampu ternampak seakan butir mutiara. Butiran keringat di dahi tersebut, menurut Syeikh Muhammad Hassan adalah sebahagian daripada tanda-tanda Husnul Khotimah.

Ibu tadi segera mendekati anak kesayangannya lalu mendekatkan telinga ke mulut pemuda tadi dan mendengarkan kata-kata yang di ulang-ulang oleh buah anaknya.

“Tidak. Aku tidak boleh. Aku tidak boleh. Aku harus meminta izin dengan ibuku dahulu”, pemuda itu mengulang-ulang ayat tersebut.

Ibu pemuda itu pun terus memeluk dan membelai anaknya lalu berkata,

“Wahai anaku, ini aku, ibumu. Wahai anaku, aku ibumu, Nak. Aku ibumu, anakku. Dengan siapa kau bercakap ?”

Dan dalam waktu yang semakin getir itu, pemuda tadi bercerita dengan nafas yang tercungap-cungap,

“Ibu, ada seorang gadis sangat cantik jelita, Ibu. Belum pernah aku melihat gadis secantik itu. Dia datang kepada ku. Kelihatan seperti dia di hadapanku. Dia datang melamarku untuk dirinya, Ibu. Aku katakana TIDAK kepadanya. Aku tidak boleh menerima lamarannya sebelum aku meminta izin daripada ibuku”

Si ibu menangis teresak-esak kerana sangat terharu, mengenangkan kepada impian nya untuk melihat pemuda tadi bernikah membuatkan Si Ibu tidak dapat menahan kesedihan itu. Namun si ibu tiba-tiba tersedar dengan siapa anakya sedang berbicara.

“Ibu izinkan, anakku. Sesungguhnya, dia adalah hurriyatun (bidadari) dari syurga untukmu. Ibu sudah izinkan, Nak“, demikian kata sang ibu dalam juraian air mata yang mengalir laju.

Tidak lama kemudian, pemuda soleh yang patuh tersebut, meninggal dunia dengan tenang dalam pelukan ibunya.

Betapa tingginya darjat pemuda soleh yang berbakti kepada ibunya tersebut. Malahan sehingga hampir ajalnya, Bidadari (dari syurga) datang kepada beliau membawa khabar gembira, walaupun pemuda itu belum lagi meninggalkan dunia yang fana ini.

MANISNYA BALASAN ALLAH DI AKHIRAT
Syeikh Muhammad Hassan mengingatkan kepada kaum muslim untuk tidak terkejut dengan kisah ini. Tidak perlu hairan, kerana waktu yang singkat menjelang ajal seperti yang dialami pemuda tersebut adalah keadaan di mana seorang mukmin diperlihatkan tempat tinggalnya di syurga. Bahkan akan diperlihatkan kepadanya para Malaikat-Nya dengan mata kepalanya sendiri. Dia juga akan diberikan berita gembira (bisyarah).

Dan Maha Benar Allah Ta’ala yang berfirman :

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata Rabb kami adalah Allah, kemudian mereka beristiqomah dengannya, maka para Malaikat akan turun kepadanya lalu berkata : “Janganlah kalian takut”

Para ulama mempunyai tafsiran yang berbeza-beza terhadap ayat ini. Ada yang mentafsirkan, Malaikat mengatakan hal tersebut sesaat sebelum ajal seperti kisah pemuda yang berbakti diatas, namun ada pula yang berpendapat tatkala mereka keluar dari alam kubur.

“Janganlah kalian takut dan jangan pula bersedih. Berbahagialah kalian dengan syurga yang telah dijanjikan untuk kalian” [Qs.Fushilat : 30]

Sumber : 1001KisahTeladan.com

 

Lagi Kisah Menarik >>>

SUBHANALLAH!! KISAH BENAR MAYAT MEMBACA YASIN DAN TIDAK REPUT DI MEKAH

Suatu Hari Seorang Pelajar Malaysia Di Musim Haji Ingin Membantu Mengebumikan MayatDi Ma’al,Mekah. Disini Mayat 8 Bulan Yang Sudah Reput Akan Dikeluarkan Dari Kubur Dan Diganti Mayat Baru.

Sesudah Sampai,Sekumpulan Pak Arab Membuka Lubang Kubur Untuk Mengeluarkan Mayat.Tiba-tiba Mereka Bertempiaran Lari.Pelajar Malaysia Ini Merangkak,Cuba Melihat Apa Ada Dilubang Kubur,Alangkah Terkejutnya Mayat Itu…….😪😪

Suatu Hari Seorang Pelajar Malaysia Di Musim Haji Ingin Membantu Mengebumikan Mayat Di Ma’al,Mekah. Disini Mayat 8 Bulan Yang Sudah Reput Akan Dikeluarkan Dari Kubur Dan Diganti Mayat Baru.

Sesudah Sampai,Sekumpulan Pak Arab Membuka Lubang Kubur Untuk Mengeluarkan Mayat.Tiba-tiba Mereka Bertempiaran Lari.Pelajar Malaysia Ini Merangkak,Cuba Melihat Apa Ada Dilubang Kubur,Alangkah Terkejutnya Mayat Itu…….

Kisah Benar Mayat Baca Surah Yasin Di Mekah. Cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia .

Mayat 8 bulan didapati telah duduk membaca quran.

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah…Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

Sumber: Melvister.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *