Nak Travel, Tapi Takde Duit? Nah..Cuba 9 Cara Pasti Jadi Ni..

Selalu bila tengah scroll Facebook atau Instagram tu mesti keluar 2, 3 keping gambar kawan-kawan kita tengah travel. Pergi oversea pulak tu! Aduhh..jealous pulak.

Kadang-kadang tu mesti terfikir, macam mana dorang boleh selalu travel ni. Banyaknya duit diorang ni. Kita ni pulak, asyiklah tak cukup duit. Sampai bila-bilalah nampaknya tak kemana.

Chop! Nanti dulu, jangan sedih-sedih. Sebenarnya, ada je caranya untuk korang simpan duit. Meh baca ni..

Teknik paksa rela ( simpan dalam ASB)

Rasanya, ramai dah tahu pasal kebaikan bila menyimpan kat ASB ni. Selain dapat menggandakan duit simpanan, menyimpan di ASB jugak salah satu cara untuk korang tak sesuka hati withdrawduit simpanan.

Kalau nak keluarkan jugak, kena pergi bank atau pejabat pos. So, proses dia yang rumit tu akan buatkan kita jadi malas nak keluarkan duit tu. Selain tu, dividen yang diberikan agak tinggi. Lagi banyak korang simpan, lagi banyaklah korang dapat!

Teknik duit ganjil


Sejak viral dulu, memang ramai dah yang berjaya simpan duit dengan cara ni. Admin pun salah seorang yang mempraktikkan teknik duit ganjil ni. Caranya, setiap kali korang ada duit yang berjumlah ganjil seperti RM5 atau RM20, korang asingkan siap-siap dalam tabung ataupun sampul dan jangan guna duit tu langsung.

Mula-mula tu memang susah sikit sebab rasa macam geram je nak guna duit yang kita dah asingkan tu. Tapi, bila fikir nak pergi travel punya pasal, terus tekad dalam hati tak nak usik duit tu.

Best woo perasaan bila kira duit yang dah kumpul tu, lepaslah nak bayar tiket flight. Siap boleh buat belanja shopping. Wohoo!

 

Simpan duit dalam tabung yang susah nak bukak

Dulu masa kecik, mak ayah kita selalu galakkan untuk menabung. Admin ingat lagi mak admin belikan tabung ayam. Masa tu semangat nak simpan duit dalam tabung hari-hari. Sanggup tak beli jajan, nak menabung punya pasal!

Lama-lama dah jadi satu habit pulak. Haa..menabung jugak salah satu cara mudah untuk simpan duit tau. Tapi, make sure tabung tu susah nak bukak. Yelah, kalau pakai tabung yang senang bukak tu, tak sempat penuh, korang dah korek sebab sesak!

Tapi, pastikan korang dah set target jumlah yang korang nak simpan dan bila tarikh percutian. Bila korang tengok makin dekat tarikh nak travel, lagi rasa berkobar-kobar nak menyimpan tu!

Bagi mak atau orang yang dipercayai pegang!

Haa..ada tak antara korang yang buat macam ni? Tiap-tiap bulan, asingkan sejumlah duit dan bagi mak pegang? Bila nak guna, baru mintak.

Tapi selalunya, bukan senang tau nak mintak duit yang mak kita pegang tu. Mesti dia akan serang dengan macam-macam soalan. “Nak buat apa?”, “Nak beli apa?”, “Berguna ke tak barang yang nak beli tu?”.

Macam polis pencen dah dia! Tapi ada kebaikannya. Bila mak buat macam tu, lebih terkawal perbelanjaan dan takdelah kita boros. Tau-tau, dah beribu kita simpan. Kan best tu!

Cara ni sebenarnya akan lagi berkesan kalau mak korang tu garang! Haha.

 

Cari Pasif Income

Tak kira la buat online business ke, baking atau apa-apa yang boleh generate side income. Jadinya, kita takkan sentuh gaji bulanan. Jangan sebab nak kejar travel, sampai kan tanggungjawab lain terabai

 

Jadi Personal Shopper

Beberapa bulan sebelum pergi travel, amik order dulu sekali dengan duit deposit 70%. List kan item-item yang di pesan. Lagi bagus kalau korang setup 1 account instagram, lebih mudah nak cari potential customer. Jangan sekali-kali terima order tanpa duit deposit melainkan korang memang kenal rapat dengan orang yang order tu. Tak pasal-pasal nanti jenuh kutip hutang. Hehe..

 

Simpan duit dalam currency USD/Euro/Pound

Kadang-kadang bila tengok account bank, macam banyak je kan duit. Tup-tup terguna buat shopping. Lebih selamat kalau kita tukar sikit-sikit ke matawang yang lain.

 

Banyakkan bersedekah

Selalunya bila kita bersedekah, tiba-tiba ada je rezeki datang tanpa di sangka-sangka. Kalau pergi solat kat surau atau masjid, ringankan tangan masuk dalam tabung masjid. Kalau ada orang mintak sedekah, jangan di halau.

Memang kadang-kadang terdetik dalam hati, ni scam ni. Kalau tak mahu beri duit, boleh juga sedekah kan makanan. Jangan limitkan pemikiran kita, asal sedekah je fikir duit. Boleh juga sedekah dari segi tenaga, ilmu, dan paling mudah… senyuman 🙂

 

Main kutu

Siapa yang ramai geng kat ofis tu apa kata main kutu. Lagi ramai, lagi seronok dan semangat nak main kutu sebab selain dapat beranakkan duit, korang jugak dapat menyimpan.

Lepas tu, set awal-awal tujuan korang nak gunakan duit kutu tu. Contohnya, nak beli tiket flightataupun untuk bayar hotel. Barulah duit tu korang tak bazirkan untuk benda lain.

Lagi satu, jangan lupa set giliran untuk korang dapat duit kutu tu tau! Pastikan giliran korang untuk dapat duit kutu tu seiring dengan tarikh percutian. Barulah senang hati nak berjalan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *