“Akak pun selalu juga kena ‘reject’ dik” – Norkhiriah

SELAIN pelakon Nam Ron dan Amirul Affendi yang mendakwa nama mereka ditolak oleh sebuah stesen televisyen aktres Norkhiriah turut berkongsi pengalaman serupa.

Menerusi Instagram miliknya, Norkhiriah atau Norkhiriah Ahmad Shafie, 41, berkata, dia juga sering berdepan dengan isu sama sehingga sudah terbiasa dengan situasi berkenaan.

Malah katanya, ada beberapa projek yang pada awalnya sudah dipersetujui namun pada saat-saat akhir ia ditolak dengan alasan namanya tidak lepas oleh stesen Televisyen.

“Ada budak tag saya, kenapa mesti tag akak dik? Barangkali dia pun tahu saya kerap kena reject. Dik, akak dah takde rasa dik, pasal memang dah selalu kena reject satu masa dulu.

“Sekarang pun ada rasanya, dah nak mula penggambaran tiba-tiba kata nama tak lepas… Aik masa deal cakap semua okey?

Artikel mStar Online yang turut mendapat perhatian Norkhiriah.

“Boleh dibilang dengan jari produksi, pengarah yang betul-betul fight kalau nak akak dalam cerita mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Norkhiriah berkata, zaman hari ini bukan lagi mementingkan bakat tetapi pengikut di laman sosial dan wajah komersial menjadi pilihan.

“Fenomena ini bukan sekarang dik dah lama dik… andai engkau hebat macam mana pun namun tak cukup sifat di mata manusia tetap tak dipandang melainkan watak itu macam kena dera, orang kampung mati laki… ni orang panggil kita.

“Dan sekarang bakat tolak tepi, pengikut dan wajah komersial itu penting,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun kata Norkhiriah, dia bersyukur kerana masih menerima tawaran malah bakal muncul dalam slot Samarinda di TV3 menerusi drama berjudul Nur pada bulan Ramadan tidak lama lagi.

Norkhiriah percaya dengan rezeki daripada Allah.

“Saya tahu ada pengarah, penerbit ada alasan mereka tersendiri namun akak yang berwajah eksotik ala-ala African ini dah reda dik cuma nasib akak masih baik kerana bulan puasa ini merasalah berlakon sejenis cerita yang meletup tbaboo!

“Memang takde lagi cerita macam itu dekat Malaysia. Terima kasih tak terhingga pada abang @budakijat yang tak putus-putus bagi rezeki watak hebat pada Nor.

“Nak merasa dengan abang Ezad @radiusone_official dengan @hj.zil je la kalau nak watak best pun, yang lain kadang-kadang ada tapi lepas tu senyap. hahaha,” katanya.

Sementara itu, Norkhiriah berkata, sebagai umat Islam dia berpegang dan yakin dengan rezeki Allah dan setiap yang berlaku mempunyai hikmah hebat disebaliknya.

“Apa pun yakin dengan rezeki Allah. Satu tertutup 10 akan Allah buka, perancangan Allah itu maha hebat. Biarlah kita diejek manusia asalkan tidak diejek Allah,” katanya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/05/04/norkhiriah/#qqMwoMRYRs3sCrlr.99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *