‘Macam Dominic Toretto!…’ – Kongsi video NeyNey senyum, netizen geram dengan kecomelan anak Nora Danish

Ibu mana tidak terkesan dan sedih apabila anaknya dikutuk kerana tidak memiliki wajah yang comel? Itulah yang terjadi kepada aktres Nora Danish baru-baru ini kerana terkilan dengan komen-komen negatif daripada netizen.

Namun dia tidak melatah sebaliknya hanya meluahkan rasa kesal dengan segelintir mereka yang mempunyai ‘mulut puaka’ apabila anaknya, Neyqal atau NeyNey menjadi mangsa kecaman.

Terbaru, pelakon filem Makrifat Cinta itu ada memuat naik sebuah video anaknya yang kelihatan tersenyum ketika wajah bayi berusia 3 bulan itu dirakam di laman Instagram miliknya.

 

“Video terbaik yang kelihatan NeyNey tersenyum…” katanya menerusi kapysen.

Video berdurasi 15 saat itu menarik perhatian netizen untuk memberikan pelbagai komen yang rata-rata terpegun dengan kecomelan dan senyuman yang ditunjukkan oleh NeyNey.

 

Comelnya NeyNey!

Geram sangat!

Semoga jadi anak soleh!

Suka tengok dia senyum!

Namun tidak kurang ada juga yang menyamakan NeyNey dengan Dominic Toretto, salah satu watak dalam filem antarabangsa, The Fast and the Furious.

Versi junior!

Memang comel betul lah NeyNey ni. Semoga bertambah comel dan membesar dengan sihat disamping keluarga yang tersayang!

Sumber : Nora Danish

Kredit; Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *