Dah Comel, nak Buat macam mana. Disebabkan anaknya, Che Ta jadi mangsa

Jika seseorang selebriti itu mempunyai nama dan pengikut yang ramai pastinya pelbagai produk akan berlumba untuk mendapatkan khidmat mereka sebagai duta. Itu merupakan salah satu cara marketingpaling efektif untuk menarik orang ramai supaya membeli atau mencuba sesuatu produk. Sebagai pengguna pula haruslah bijak memilih produk yang sesuai dengan kita.

Terbaru, pelakon jelita Rozita Che Wan telah ditegur oleh segelintir pihak apabila mendakwa Che Ta menggunakan anaknya, Aaisyah Dhia Rania untuk mengaut keuntungan. Berhubung dengan isu tersebut, ini jawapan Che Ta.

Tiada niat langsung

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

Dakwaan Rozita Che Wan mempergunakan anak perempuannya, Aaisyah bermula apabila Che Ta menjadikan anak bongsunya itu sebagai duta produk makanan tambahan untuk kanak-kanak. Tindakannya itu juga disifatkan netizen sebagai cara untuk melariskan jualan produk tersebut.

[ YEAYYY SERONOKNYA AAISYAH MUDAH SANGAT HAFAL DOA-DOA HARIAN ] . . Che Ta memang happy sugguh bila dengar Aaisyah boleh hafal dan baca doa dengan lancar. Semua mak mak mesti melompat sampai ke bintang kan kalau anak dia boleh cepat membaca dan menghafal. Che Ta pun sama uolss. . . Yang paling seronok Aaisyah memang fokus bila belajar. Tak ada langsung tunjuk mengantuk, main-main, lari sana lari sini dan menjerit atau menangis. Rasa rileks je bila Aaisyah dapat tumpukan perhatian. . . Jom la jadi bijak macam Aaisyah. Aunty semua mesti senyum je bila tengok anak-anak aunty mudah hafal dan suka membaca. Takde lagi masalah susah nak hafal doa. Hehe. Aaisyah tunggu aunty whatsapp untuk dapatkan Champ Champ Aaisyah tau. . . Whatsapp – 013 866 3618 Whatsapp – 013 866 3618 Whatsapp – 013 866 3618

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Tetapi menurut pelakon itu, dia tiada niat langsung untuk memanipulasikan anak sendiri demi wang, sebaliknya hanya ingin berkongsi produk yang diambil Aaisyah kepada masyarakat di luar sana.

Tiada langsung niat saya untuk memanipulasi anak sendiri. Berikutan ramai yang bertanya, apa yang Aaisyah makan sewaktu proses tumbesarannya, jadi saya kongsikan ia sebagai produk makanan tambahan yang terbaik.

https://www.instagram.com/p/BiVp1TKF4_A/?hl=en&taken-by=rozitachewan1#

Tambah Che Ta lagi, tujuannya adalah untuk membantu ibu bapa untuk mencuba produk berkenaan yang disifatkan dapat mencegah kanak-kanak dari sebarang masalah kesihatan kerana ia merupakan produk berasaskan sunnah serta sesuai untuk kanak-kanak.

Che Ta juga turut bersyukur kerana Aaisyah jarang berhadapan masalah kesihatan sepanjang dia membesar.

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *